fb fb fb fb fb

Tempat bersejarah dan seni warisan negara terus diketengahkan

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Di Malaysia terdapat banyak tempat sejarah yang kaya dengan monumen warisan sejarah untuk kunjungan pelancong samada dari dalam dan luar negara.

Misalya di tiga daerah di Wilayah Utara Perak iaitu Lenggong, Kuala Kangsar dan Taiping.

Sehubungan itu bagi menggalakkan minat masyarakat kepada sejarah dan merancakkan ekonomi tempatan, Think City telah mengumumkan peruntukan RM10 juta menerusi Program Geran Pemangkin Ekonomi Budaya.

Program yang mendapat kerjasama ementerian Kewangan (MoF) itu seiring inisiatif pihaknya melalui Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara dan Program Pembangunan Ekonomi Tempatan.

(FOTO BERNAMA)

Justeru Pengarah Kanan Sektor Kreatif Dan Usahasama Think City, Izan Satrina Sallehuddin mempelawa individu, kolektif dan organisasi di seluruh negara supaya memohon untuk geran berkenaan.

"Semestinya kita tahu kita punya sektor budaya, seni secara amnya adalah sektor tidak formal. Jadi, kita tidak menghadkan anda sebagai institusi ataupun syarikat sahaja yang untuk mendaftar, anda boleh jadi sebagai individu dan perseorangan," kata Izan Satrina dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Tarikh akhir permohonan geran ialah pada 22 Mei ini.

Media Baharu