fb fb fb fb fb

Temerloh dan Bera pula dilanda banjir

KUANTAN, 9 Disember- Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaharu di negeri itu yang dilanda banjir selepas daerah Lipis, ekoran hujan lebat berterusan.

Setakat jam 1.00 tengahari, seramai 248 penduduk daripada 77 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 165 orang yang terdiri daripada 50 keluarga, dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh.

Manakala, seramai sembilan orang penduduk terjejas daripada dua keluarga kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar di Bera.

Di Lipis, PPS SK Lubuk Kulit menempatkan 52 orang daripada 19 keluarga dan Masjid Kampung Beletik pula menempatkan 22 orang daripada 6 keluarga.

(Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaharu di negeri itu yang dilanda banjir selepas daerah Lipis, ekoran hujan lebat berterusan)

Media Baharu