fb fb fb fb fb

Perdana Menteri solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) hadir ke Masjid Jamek Kampung Baru
bagi menunaikan solat Jumaat hari ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama hampir 3000 orang jemaah di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Khutbah akan dibacakan Imam Azizi Ab Hamid dan seterusnya akan mengimamkan solat Jumaat.

Terdahulu Perdana Menteri sempat menjamu selera di restoran berdekatan bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ab Ghani dan wakil penduduk Kampung Baru.

Datuk Seri Anwar sempat beramah mesra dengan penduduk dan juga peniaga sebelum ke masjid.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir ke Masjid Jamek Kampung Baru
bagi menunaikan solat Jumaat hari ini/BERNAMA)

Media Baharu