fb fb fb fb fb

Tembok sekolah antarabangsa runtuh, tiada individu cedera

Tembok sebuah sekolah antarabangsa di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) runtuhan tanah

KUALA LUMPUR, 23 April- Tembok sebuah sekolah antarabangsa di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini mengalami runtuhan dipercayai berpunca dari runtuhan tanah pagi tadi.

Komander Operasi PBK II, Azkhan Hamdan dalam satu kenyataan memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui sistem MERS999 pada pukul 7.18 pagi.

"Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI, BBP Sri Hartamas bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 15 orang anggota lain-lain pangkat sebagai 'first responder' untuk menangani insiden kecemasan.

"Tindakan operasi anggota membuat ‘size-up’ bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu.

Kejadian tersebut melibatkan dua buah kenderaan serta sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas dan perpustakaan.

Namun pihaknya telah menyerahkan perkara itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun tiada individu terlibat berhubung kejadian berkenaan dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 7.55 pagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI