fb fb fb fb fb

Teliti keselamatan kenderaan mikromobiliti, wujudkan standard piawaian - MIROS

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Program Penilaian Keselamatan berhubung kenderaan mikromobiliti sedang diteliti di bawah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Ia bagi mewujudkan satu standard piawaian kenderaan mikromobiliti demi keselamatan pengguna jalan raya.

Jelas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, kerjasama bersama syarikat lain turut dipergiat bagi membangunkan garis panduan operator atau syarikat pengendali mikromobiliti di bawah program medan uji regulatori negara.

"MIROS juga sedang bekerjasama dengan Futurise Sdn. Bhd. dalam membangunkan garis panduan operator atau syarikat pengendali mikromobiliti di bawah program medan uji regulatori negara disamping menguji pakai garis panduan PLANMalaysia.

Shah Alam melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dipilih sebagai lokasi pertama pengujian atau lebih dikenali sebagai 'sandbox' bagi menguji pakai kesemua garis panduan ini. Garis panduan dan projek 'sandbox' ini akan dirasmikan pada 12 Mac 2023 di Shah Alam," kata Hasbi di Parlimen, hari ini.


(Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah)

Penyataan itu bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Media Baharu