fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor meningkat

JOHOR BAHRU, 8 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor seramai 41,543 orang setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Jumlah itu melibatkan 11,818 keluarga yang masih berada di 198 pusat pemindahan sementara( PPS) di lapan daerah negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataannya berkata Batu Pahat kini merekodkan jumlah penduduk terjejas teramai dengan 29,341 daripada 8,278 keluarga berada di 94 PPS.

Diikuti Muar, 4,123 penduduk di 21 PPS; Tangkak 2,536 penduduk di 23 PPS; Segamat seramai 1,924 penduduk di 32 PPS.

(Foto fail)

Daerah-daerah lain terjejas adalah Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian.

Sembilan sungai di tiga daerah, Segamat, Muar dan Batu Pahat diletakkan bawah kategori paras air berbahaya.

Sebanyak 52 laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan antaranya Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Paloh, Jalan Parit Yong Peng-Muar dan Jalan Parit Warijo, Batu Pahat.

Media Baharu