fb fb fb fb fb

Perjanjian Lintas Batas (BCA) dijangka ditandatangani tahun ini

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Perjanjian Lintas Batas (BCA) melibatkan sempadan baharu antara Malaysia dan Indonesia dijangka akan ditandatangani tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perjanjian itu dalam fasa untuk memuktamadkan tiga perkara melibatkan pintu masuk baharu, zon akses dan elemen perundangan.

"Pertama adalah senarai pintu masuk. Ia termasuk pintu masuk sedia ada atau yang kita wartakan dan juga kemungkinan pintu masuk baharu yang mesti dipersetujui kedua pihak. Perkara itu sedang dimuktamadkan dalam BCA, yang kini dalam fasa pembikinan.

Kedua, kita juga telah bersetuju antara kedua-dua negara ini untuk memuktamadkan 'area of access'. Apabila bila pintu masuk itu nanti dibuka, aliran keluar masuk rakyat dua negara ini akan berlaku. Maka wujud kemungkinan untuk berlaku unsur pelanggaran dan ancaman. Itu juga sedang dalam fasa rundingan kedua negara dalam menetapkan keberadaan penduduk di negara masing-masing.

Untuk yang terakhir adalah semakan terhadap elemen-elemen perundangan," kata Saifuddin menjawab soalan tambahan wakil Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi.


(Ahli ParlimenĀ Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi)

Tambah Saifuddin, seiring dengan pembukaan nusantara juga, kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan keupayaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) beserta prasarana lain seperti jalan raya, dan jalan keselamatan.

Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan bernilai RM194 juta bagi membina dan menaiktaraf ICQS dan Pos Kawalan Imigresen di sekitar sempadan Sarawak.

Media Baharu