fb fb fb fb fb

27,779 mangsa banjir di 91 PPS di Batu Pahat

JOHOR BAHRU, 8 Mac- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor seramai 40,078 orang setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Jumlah itu melibatkan 11,451 keluarga yang masih berada di 198 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataannya berkata, Batu Pahat kini merekodkan jumlah penduduk terjejas teramai dengan 27,779 daripada 7,900 keluarga berada di 91 PPS.

Diikuti Muar, 4,080 penduduk di 21 PPS; Tangkak, 2,536 di 23 PPS; Segamat, 2,024 di 33 PPS.

Daerah-daerah lain terjejas adalah Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian.

(Foto fail)

Sembilan sungai di tiga daerah, Segamat, Muar dan Batu Pahat diletakkan bawah kategori paras air berbahaya.

Sebanyak 52 laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan antaranya Jalan Johor Bahru-Seremban, Jalan Paloh, Jalan Parit Yong Peng-Muar dan Jalan Parit Warijo, Batu Pahat.

Media Baharu