fb fb fb fb fb

2 jentera kilang kayu musnah dalam kebakaran

BALING, 8 Mac- Dua buah jentera milik sebuah kilang kayu musnah dalam kebakaran malam tadi di Kuala Ketil.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu pada pukul 10.02 malam.

Beberapa buah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Amanjaya dan Kulim Hi-Tech telah diarah ke lokasi kebakaran.

Mereka turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Ketil, Bakar Arang, Sungai Petani, Bukit Selambau, Kulim, Kampung Lalang Siong dan Kuala Pegang.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan stor penyimpanan yang menempatkan tiga buah jentera berat.

(Foto Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah)

Struktur bangunan musnah terbakar lebih 40%, manakala dua buah jentera terbakar kira-kira 70%.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada pukul 1:32 pagi.

Media Baharu