fb fb fb fb fb

9 lelaki cuba seludup diesel bersubsidi digagalkan

KOTA TINGGI, 8 Mac- Cubaan sembilan lelaki memindahkan diesel bersubsidi digagalkan Jabatan Perhutanan Negeri Johor di Kompartment 35, Hutan Simpan Sungai Santi, Pengerang, Kota Tinggi Johor 10.30 malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu didapati sedang leka memindahkan diesel bersubsidi itu daripada dua lori tangki ke sebuah kapal dipercayai bagi tujuan penyeludupan ke luar negara.

Hasil serbuan merampas 150,000 liter diesel bernilai RM322,000.

Nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan digunakan bernilai RM1.71 juta.

Pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memiliki, menyimpan, membawa barang kawalan tanpa permit daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Enam lelaki warga asing itu juga gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah selain tidak mempunyai permit masuk hutan secara sah.

Kes disiasat mengikut 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


(Lori yang digunakan sembilan lelaki bagi tujuan pemindahan diesel bersubsidi ke sebuah kapal)

Media Baharu