JOHOR BAHRU, 29 Mei-13 kenderaan ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, di sini semalam, kerana menjalankan perkhidmatan teksi haram, membawa penumpang merentas sempadan antara Singapura – Malaysia.
Tindakan diambil menerusi operasi khas dijalankan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah.
JPJ Johor dalam satu kenyataan berkata, kenderaan terlibat, menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mengikut Seksyen 23 ( 2 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan akan didakwa di Mahkamah.
Sabit kesalahan, boleh disaman maksimum RM10,000 penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Operasi turut mengeluarkan 59 notis kepada 47 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan jalan raya, seperti kesalahan lesen memandu, lesen kenderaan motor, dan teknikal.
Tindakan tersebut diambil mengikut APJ 1987.

(FOTO RTM)