fb fb fb fb fb

Teksi air di sungai Melaka antara inisiatif Melaka tangani kesesakan pelancong pada hujung minggu dan cuti umum

ALOR GAJAH, 14 Januari - Mutu pengangkutan awam yang baik dapat melancarkan dan mengurangkan kesesakan di kawasan pelancongan Melaka khasnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Attan berkata perkara itu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri dan beberapa inisiatif telah diluluskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Antaranya mewujudkan teksi air atau ‘bot loncat-loncat’ di sepanjang 8.5 kilometer jajaran Sungai Melaka bagi membolehkan pelancong pergi ke kawasan pelancongan tanpa menggunakan kenderaan persendirian.

"Kelulusan pelaksanaan bot henti-henti di sepanjang 8.5 kilometer sungai Melaka ini telah pun kita dapat. Inisiatif ini adalah untuk mengelakkan lebih banya pergerakan kereta di dalam kawasan sesak ini, di samping kita cuba lihat kepada penambahan petak parkir itu sendiri," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelekat Kenderaan Media Negeri Melaka Tahun 2022 di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Selain itu, katanya, penggunaan sistem lampu isyarat berintegrasi juga telah dilaksanakan sebagai langkah mengatasi isu kesesakan dan menjimatkan masa perjalanan di Melaka.

 

Media Baharu