SERDANG, 12 Ogos - Teknologi penyejukbekuan 'Individual Quick Freezing' (IQF), iaitu teknologi pemprosesan yang boleh menyimpan buah-buahan bawah suhu negatif 18 darjah celsius.
Seterusnya berupaya memanjangkan tempoh jangka hayat buah dari tujuh hari kepada dua tahun.
Penggunaan tekonologi IQF kini diperluas kepada buah-buahan tempatan antaranya nangka bagi menjamin kesegaran serta meneroka pasaran lebih luas ke peringkat antarabangsa.
(Datuk Haslina Abdul Hamid)
"Kita ada pelbagai jenis teknologi untuk memanjangkan tempoh 'shelf life', kerana hasil-hasil keluaran produk segar ada tempohnya iaitu agak singkat. Jadi kita melihat kepada teknologi yang boleh memanjangkan tempoh, jadi kita boleh pasarkan ke negara yang jauh. Salah satunya dengan menggunakan teknologi IQF " kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid di sini.
(Datuk Zainal Abidin Yang Razali)
"Sasaran nangka ini, kita tengok kepada pasaran baharu, tetapi sebagaimana yang kita tahu, setiap negara ada protokol mereka yg tersendiri. Sasaran kita pada kali ini adalah bagaimana kita hendak penuhi protokol-protokol negara berkenaan.
" Sekarang berkaitan dengan nangka ini, rasaya kementerian sedang dalam proses akhir berkenaan protokol itu, supaya nangka ini dapat dieksport ke negara China dan Australia," kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razali di sini.
Produk Nangka IQF untuk eksport dilancarkan di Castle of Fruits MAEPS sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Lebih 11,000 jenis produk diperkenal daripada input pertanian hingga makanan.
Setakat semalam, jualan langsungnya mencecah RM3.4 juta.