fb fb fb fb fb

Program Hogoh Pahang 2022, perkenal saluran-saluran baharu RTM

Kuala Lipis, 12 Ogos - Jabatan Penyiaran Malaysia menganjurkan Program Hogoh Pahang 2022, bermula hari ini hingga 14 Ogos, bertempat di Sungai Koyan di sini.

Program kemasyarakatan yang diadakan selama tiga hari itu dimulakan dengan acara Konvoi Bermotorsikal bermula dari Angkasapuri ke Kuala Lipis turut disertai Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu juga mendapat penyertaan 18 orang ahli Kelab Motorsikal RTM (RTMBC).

Perjalanan sejauh 170 kilometer itu mengambil masa selama tiga jam untuk tiba di bandar warisan Kuala Lipis.

Konvoi RTMBC itu berhenti rehat di beberapa lokasi menarik di laluan Kuala Lumpur ke Lipis, termasuk di daerah Bentong, Pahang.

Ketika berhenti rehat di Medan Selera Bentong, Che Roslan yang pernah menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Bentong mengimbau kembali detik-detik beliau bertugas di daerah tersebut pada tahun 90-an.

Beliau teruja kerana pembangunan di daerah itu kini berkembang pesat berbanding dahulu.

(Datuk Che Roslan Che Daud)

Sementara itu Che Roslan juga mahu setiap stesen negeri Radio Televisyen Malaysia(RTM) harus mengadakan program kemasyarakatan bagi merakyatkan jenama RTM dalam kalangan masyarakat di seluruh negeri.

Ia merupakan antara usaha memperkenalkan saluran-saluran baharu bawah kendalian RTM.

"Saluran-saluran kita ada yang dikenali dikenali TV1 dan TV2 , tetapi seperti TV Okey ada lagi yang tidak tahu, TV Okey adalah TV RTM, RTM Sukan dan sebagainya, kita ada enam saluran, boleh tonton semua itu pada bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi RTM Klik, ini yang dikongsikan kepada masyarakat," kata Che Roslan ketika ditemui pemberita di sini.

Media Baharu