fb fb fb fb fb

KPM pantau kandungan media sosial warga pendidik

KAMPAR, 12 Ogos- Warga pendidik yang didapati memuat naik video yang mempunyai kandungan berunsur negatif ke laman media sosial akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memelihara nama baik institusi pendidikan negara.

Jelasnya, perbincangan lanjut di peringkat kementerian akan diadakan bagi mengekang masalah tersebut daripada terus berulang.

"Saya rasa sebagai seorang guru mereka hendaklah memahami tugas dan tanggungjawab mereka iaitu untuk mendidik, memastikan anak didik mereka ini akan jadi insan yang baik. Itu yang kita sebut sebagai kemenjadian murid bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik semata-mata tetapi juga kepada aspek rohani dan juga sahsiah," kata Dr Mah Hang Soon kepada pemberita RTM selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di sini.


(Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon ditemui media selepas merasmikan
Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), di sini)

Terdahulu, beliau diminta mengulas tindakan segelintir guru yang memuat naik video berunsur negatif ke laman Tik Tok seperti yang tular baru-baru ini.

Beliau turut menasihatkan warga pendidik agar menggunakan media sosial secara berhemah seterusnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Media Baharu