fb fb fb fb fb

"Cari kandungan lebih bermanfaat, henti siar kandungan yang sensitif" - Idris Ahmad

PUTRAJAYA, 12 Ogos- Hentikanlah membuat kandungan yang bercanggah dari ajaran agama Islam terutama dalam siaran televisyen, filem, media sosial dan juga program yang melibatkan penyertaan awam.

Itu tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang mahukan pihak industri lebih kreatif mencari kandungan dengan mesej yang baik serta sesuai ditonton oleh masyarakat umum.

"Kita sebagai masyarakat ini perlu ada etika, ada akhlak untuk dijaga. Saya rasa tidak patutlah siar kandungan yang ada mesej sebegitu (tidak bermoral). Mereka yang beragama Islam patut sedar dan malu kepada Allah SWT manakala yang bukan beragama Islam, kena juga menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam," ulas Idris Ahmad berhubung isu tular berkaitan pelakon yang menyiarkan kandungan tidak sopan di media sosial mereka.

Dalam masa sama, Datuk Idris turut memaklumkan bahawa pihaknya telah meminta Jabatan Agama Islam mengambil tindakan terhadap lelaki warga Singapura yang didakwa menyebarkan kandungan berunsur lucah melalui akaun Facebook 'Wang Leiā€™.

Terdahulu, beliau merasmikan Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (Watani) untuk menangani kos sara hidup dan memperkasa jaminan bekalan makanan negara di Laman Watani, Presint 20, di sini.

Sebanyak RM3 juta telah disalurkan kepada projek ini oleh Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) untuk dimajukan menerusi Bajet 2022.

Pelaksanaan projek Watani itu dibuat di atas tapak seluas 20 ekar yang merupakan tanah wakaf kubur milik Perbadanan Putrajaya dan akan menjadi ladang komersil bagi prospek industri tani.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ditemui media
pada majlis perasmianĀ Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (Watani) di Putrajaya)

Media Baharu