(Foto Hiasan)
KUALA LUMPUR, 24 Februari- Kerajaan tekad mempertahankan khazanah semula jadi negara, ke arah memastikan masa depan yang lebih untuk semua.
Ini termasuk memelihara biodiversiti dan pengurusan hutan, yang pada masa sama mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil balak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada Kerajaan Negeri akan ditingkatkan kepada RM150 juta setahun berbanding RM70 juta tahun lalu.
"Agihan EFT kepada negeri-negeri akan mengambil kira pewartaan kawasan perlindungan baharu termasuk habitat harimau dan mempergiat penanaman semula pokok di kawasan terosot.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim)
Selain itu katanya, bilangan renjar yang mengawal kawasan hutan akan ditambah kepada 1,500 orang.
Ia dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli dan veteran tentera dan polis melibatkan peruntukan RM50 juta.
"Pada masa sama, sejumlah RM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya," kata Anwar.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini hari ini.