fb fb fb fb fb

Tebing sungai runtuh, kerja pembinaan henti sementara - Gamuda

FOTO BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT CYBERJAYA

KUALA LUMPUR, 7 September- Tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong, Selangor petang tadi.

Gamuda Berhad bagaimanapun memaklumkan tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 2.00 petang itu.

"Air melimpah memenuhi tapak pembinaan," menurut kenyataan itu hari ini.

Sehubungan dengan itu, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

"Semua pihak di tapak pembinaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar untuk menyiasat punca kejadian dan menentukan tindakan yang sesuai … keutamaan kami ialah keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar," menurut kenyataan.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA