fb fb fb fb fb

Runtuhan tebing sungai di Puchong - Bomba

Tangkap layar video tular di media sosial

PUCHONG, 7 September- Satu kejadian runtuhan tebing sungai berlaku di tapak pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas di sini, Selangor, petang tadi.

Runtuhan tersebut menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.14 petang.

Dua jentera bomba dengan kekuatan lapan anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, JBPM memantau keadaan dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan.

Pihak pengurusan juga diminta untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan runtuhan selamat sebelum kerja pembinaan diteruskan.

SITI AISHAH MD ISA