fb fb fb fb fb

TBKLN dilancar, ringan beban mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) dilancarkan bermula 10 hingga 23 Februari 2023, bagi meringankan beban mangsa bencana gempa bumi di Turkiye, Syria dan negara-negara sekitar.

Atas keprihatinan dan semangat Malaysia Madani, usaha murni dilaksananakan dengan mengumpul dana sumbangan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi yang terkesan.

(FOTO WISMA PUTRA)

"TBKLN yang telah ditubuhkan pada 2006 adalah bertujuan untuk mengumpul serta menyelaras sumbangan daripada orang awam di Malaysia bagi membantu mangsamangsa bencana alam di luar negara," kata KLN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan melalui TBKLN.

Sumbangan boleh dibuat menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri, Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya (no. akaun 1054 9000 0599).

Media Baharu