fb fb fb fb fb

Perolehan vaksin tidak mengikut peraturan maklumat dari KKM - PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Dakwaan perolehan vaksin COVID-19 tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Peguam Negara adalah berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah menjadi tanggungjawab badan penyiasat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan kesahihannya.

Ini kerana kabinet memandang serius mengenai dakwaan tersebut.

(Datuk Seri Anwar berkata, kabinet memandang serius mengenai dakwaan tersebut)

"Itu serah kepada badan penyiasat seperti SPRM dan bukan urusan saya lagi. Saya beri itu hanya kenyataan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan kabinet mengambil perhatian dan badan-badan siasatan harus siasat benar atau tidak dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs 2023 di ibu negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menafikan dakwaan mengatakan perolehan vaksin COVID-19 dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Media Baharu