fb fb fb fb fb

Tatakelola kewangan institusi agama perlu dititikberatkan - JAWI

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Ahli pengurusan masjid dinasihat supaya telus dalam menguruskan kewangan sekali gus mengelakkan berlakunya penyalahgunaan dana sumbangan daripada masyarakat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata tugas pengurusan masjid adalah untuk mengimarahkan masjid, namun aspek integriti dan juga tatakelola kewangan masjid juga perlu diberi perhatian.

"Untuk memastikan pengurusan kewangan masjid dan surau bebas daripada rasuah dan penyalagunaan kuasa, kami ingin menyeru agar garis panduan yang telahpun diguna pakai dipatuhi.

Ini untuk memastikan bahawa pengurusan kewangan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dilaksanakan mengikut kepada garis panduan dan peraturan sedia ada dan bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa," kata Mohd Ajib kepada pemberita pada Program Pembanterasan Rasuah Komuniti Masjid Bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan kerjasamana JAWI, di ibu negara.


(Foto Fail)

Turut dianjurkan, forum bertajuk 'Isu-Isu Ketirisan Dalam Tatakelola Kewangan Masjid’ yang disertai seramai 150 orang peserta dari enam zon di Wilayah Persekutuan.

Media Baharu