KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya berwaspada dengan 'scammer'.
TH menerusi kenyataan mengingatkan, "pendeposit TH perlu berhati-hati untuk tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim-skim pelaburan yang meragukan."
Terbaharu, scammer menggunakan taktik dengan mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.
TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
(Tangkap layar kenyataan media TH)