fb fb fb fb fb

Tatakelola baik, Kerajaan Perpaduan berjaya tarik pelabur luar

(FOTO HIASAN)

GOMBAK, 15 Mei - Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang memberi tumpuan kepada aspek tatakelola yang baik berjaya menarik kemasukan pelabur asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil kutipan negara yang meningkat juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih kukuh suku pertama tahun ini.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Enam bulan pertumbuhan ekonomi suku pertama Januari - April itu lebih tinggi kita unjurkan, bulan November 45 peratus tapi Januari hingga April, hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 5.6 peratus, lagi tinggi daripada China, Vietnam dan Indonesia. Ini tanda tatakelola kita teguh, jangan biarkah kelonggaran, inflasi turun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, di sini pada Ahad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan akan terus bekerja keras membangunkan negara seterusnya mengangkat martabat Malaysia sebagai negara gagah di rantau Asia.

"Kita teruskan kerja kuat, pastikan ada perubahan...kuasa kita ini untuk apa? Tanggungjawab kita pada Allah SWT, apa yang kamu lakukan untuk kuasa ini?....kita akan akan bersihkan negara... SPRM akan siasat, siapa akan dakwa itu pula serah pada Jabatan Peguam Negara, siapa hukum pula itu kerja Hakim," katanya.

Media Baharu