fb fb fb fb fb

Isu air: PM komited cari jalan penyelesaian

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan isu air yang masih melanda di beberapa negeri termasuk Kelantan dan Sabah, tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

“Jadi dalam tempoh dua minggu saya undang Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah, dan pasukan untuk kira cari jalan menyelesaikan...kalau pun perlu berbilion ringgit kita mesti selesaikan tahun ini juga,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, di sini pada Ahad.

Tambah Anwar, beliau berharap kerajaan negeri dapat memberi kerjasama kepada kerajaan persekutuan dalam penyelesaian isu yang membebankan rakyat ketika ini.

Media Baharu