fb fb fb fb fb

Tarif AS: Ketidaktentuan wujudkan cabaran besar ekonomi ASEAN

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 April- Malaysia mengalu-alukan keputusan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengakui, ketidaktentuan itu mewujudkan cabaran besar terhadap ekonomi ASEAN.

Jelasnya, perubahan itu menjadi topik perbincangan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang dipengerusikan beliau hari ini.

Tengku Zafrul turut menekankan bahawa tiada yang pasti tentang tarif Presiden AS, Donald Trump, selain ketidaktentuan.

Menurut beliau, Malaysia sedang giat menilai implikasi daripada perubahan berkenaan dan kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN dalam mengurangkan gangguan.

Ini termasuk memperkukuh daya tahan ekonomi serantau, serta memperjuangkan hubungan perdagangan yang seimbang serta stabil.

Beliau turut memberitahu, Malaysia sentiasa menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan AS.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM