fb fb fb fb fb

Tarif air baharu di Melaka berkuat kuasa Februari

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 24 Januari- Tarif air baharu Melaka naik dengan purata sebanyak 16 sen per meter padu atau 13.9 peratus berkuat kuasa Februari ini kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pelarasan tersebut melibatkan 297,000 akaun pengguna domestik dan 46,000 akaun pengguna bukan domestik.

Jelasnya, ia juga bagi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menggunakan hasil tersebut untuk membiayai projek-projek menaik taraf dan penambahbaikan sistem perkhidmatan bekalan air negeri itu yang mencecah kos RM290 juta setahun.

"Pengguna berhemah menggunakan tidak melebihi 20 meter padu sejumlah 150,000 pengguna akaun domestik atau 51 peratus pengguna berhemah tidak akan terjejas secara signifikan walaupun tarif dinaikkan sebanyak 27 sen bagi setiap meter padu dengan peningkatan bil minimum ialah RM2.70 sen hingga RM5.40 sen sebulan.

"Bagi pengguna biasa yang menggunakan 21 meter padu sehingga 35 meter padu sejumlah 81,000 pengguna akaun domestik ataupun 27 peratus pengguna biasa dijangka mengalami kenaikan bil bulanan purata sebanyak 13.95 sen," katanya dalam sidang media Pelaksanaan kadar baharu Tarif Air Negeri Melaka di Seri Negeri di sini.

Kali terakhir pelarasan tarif domestik di Melaka ialah 13 tahun yang lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI