fb fb fb fb fb

LHDN Kedah cuba pendekatan kreatif sebar maklumat percukaian

Foto hiasan

LANGKAWI, 24 Januari- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah mengambil pendekatan kreatif untuk memperkenalkan aplikasi MyTax kepada komuniti di Langkawi sebagai kaedah dan pendekatan yang kreatif digunakan bagi menyampaikan maklumat.

Menurut Pengarah LHDN Kedah Aziz Din, pihaknya cuba penganjuran kaedah bersenam dalam menyampaikan maklumat percukaian kepada komuniti.

Lebih 100 orang peserta menyertai program MyTaxrobic 2024 bertemakan 'Mahsuri' yang berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi.

Selain itu, program yang julung kali dianjurkan akan diperluaskan ke daerah-daerah lain di Kedah.

"Dalam era kita menjadikan e-perkhidmatan dalam LHDN kerana pembayar cukai menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan termasuk e-filing bermula 1 Januari 2024.

"Semua penduduk Langkawi dan Malaysia mesti menggunakan e-percukaian dalam percukaian mereka," katanya kepada pemberita di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI