fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan, satu PPS dibuka

Foto Ihsan APM

PASIR PUTEH, 24 Januari- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, susulan hujan lebat berterusan pada semalam.

PPS Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Putih dilapor mula beroperasi sekitar pukul 4.00 petang tadi.
  
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS terbabit menempatkan 123 penduduk terjejas banjir daripada 42 keluarga.
 
Dalam pada itu, menurut Public Info Banjir JPS, Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok berada pada paras melebihi tahap amaran manakala Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong, Pasir Mas berada pada paras melebihi tahap waspada, setakat pukul 4.00 petang tadi.
 
Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk membabitkan sembilan lokaliti di negeri itu sehingga esok.
 
Antara kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Ramalan hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Gua Musang sehingga esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM