fb fb fb fb fb

TARGET bantu pekebun kecil getah dalam konsep koperasi

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 9 Mac - Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) yang dilaksanakan oleh kerajaan diharap dapat membantu aktiviti penjualan getah krip dalam konsep koperasi. 

Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, projek ini dijangka dapat menambah nilai getah yang seterusnya akan memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil.

"Pihak kementerian telah melaksanakan pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang bertujuan untuk mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh.

(Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching ketika menjawab pertanyaan
di Dewan Rakyat, hari ini)

"Kementerian juga melaksanakan pemberian Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) sebagai usaha memberi peluang kepada pekebun kecil getah menambah pendapatan dengan memberi galakan untuk beralih kepada menghasilkan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap (cuplump)," kata beliau ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Lubok Antu, Roy Angau Anak Gingkoi di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Tambah Siti Aminah, pihak kementerian berharap para pekebun kecil akan dapat memanfaatkan pelbagai inisiatif atau program yang diperkenalkan dan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan pendapatan di dalam menghadapi ketidaktentuan harga agrikomoditi di pasaran.

Media Baharu