fb fb fb fb fb

Taraf kewarganegaraan Rohana disiasat



KUANTAN, 17 Januari - Siasatan terperinci perlu dilakukan berhubung taraf kewarganegaraan Rohana Abdullah yang ditinggalkan ibunya di sebuah tadika 22 tahun yang lalu, ketika berusia dua bulan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemberian taraf kewarganegaraan bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan dokumen sokongan.

Tambahnya, pemberian kewarganegaraan juga tidak boleh diberikan secara pukal kerana terdapat banyak kes sama berlaku dalam negara ini.

"Kalau kita buat secara pukal susahlah sebab banyak lagi yang ada seperti ini di Sabah, Sarawak seluruh negara kita ni (ada kes sedemikian). Angkanya sesuatu yang agak besar. Kita akan buat kajian dan kita akan bantu pada mereka yang memerlukan. InsyaaAllah kerana saya difahamkan bapa kepada Rohana ni adalah warganegara."

Maka sebab itu kalau ada dokumen yang membuktikannya (warganegara) mudah untuk kita berikan," Kata Hamzah mengulas kisah gadis berusia 22 tahun itu yang dijaga seorang warga emas berketurunan Cina, Chee Hoi Lan, 83, sejak berusia dua bulan."

Rohana yang kini bekerja sebagai guru tuisyen berharap dapat memiliki sekurang-kurangnya kad pengenalan sementara untuk memudahkan aktiviti kehidupannya.

Kisah gadis itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghubunginya Ahad lalu.

Rohana dilaporkan terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta pernah mengalami masalah kebimbangan (anxiety) akibat masalah dihadapinya.

 

Media Baharu