JOHOR BAHRU, 27 April- 1,936 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Johor sekali gus menjadikan negeri itu tertinggi dalam tangkapan PATI di Malaysia.
Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir dalam kenyataan terbaru berkata tangkapan dibuat menerusi Ops Mahir yang dilaksana dari Januari hingga Khamis lalu.
103 majikan di negeri itu juga ditahan.
8,072 pemeriksaan dijalankan melibatkan keseluruhan 1,035 operasi di Johor disusuli Sabah, 1,604 tangkapan dan Selangor, 1,512 tangkapan.
Setakat ini, 12,987 pati ditahan seluruh negara hasil 51,831 pemeriksaan.
Bilangan itu meningkat berbanding 10,173 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.