fb fb fb fb fb

Tangani Islamophobia dengan kebijaksanaan - Anwar

NEW YORK, 23 September- Tangani Islamophobia dengan kebijaksanaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY) di sini.

Tidak balas terhadap kebencian terhadap Islam tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya sebaliknya, ia perlu ditangani dengan pengetahuan.

"Anda boleh menolak sekiranya memilih demikian namun kita perlu lihat dan faham tidak perlu berrselisihan kerana kejahilan.

"Apabila berlaku pertembungan tamadun tidak perlu wujud kebencian kepada orang lain melalui ilmu dan kefahaman. Ia adalah pertandingan orang jahil, jahil kepada orang lain dan sesiapa sahaja. Sebagai muslim tidak perlu kita menghukum orang lain disebabkan kejahilan, tolong elakkan kesilapan itu," katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di ICCNY di sini.

Perkara itu perlu dilakukan secara dakwah dengan sikap hormat, ehsan dan rahmah selain menguatkan perpaduan dan bertoleransi.

Sebagai contoh Malaysia mengambil langkah bijak terhadap tindakan membakar Al-Quran di Sweden dengan mencetak sejuta Al-Quran dan mengedarkannya ke seluruh dunia.

Tindakan itu boleh mendidik dan memberi penghayatan Islam kepada masyarakat bahkan seluruh dunia.

Anwar merupakan pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat oleh masjid pertama di New York yang dibuka pada 25 September 1995.

Solat Jumaat diimamkaniImam khas yang dibawakan ICCNY, Sheikh Ahmad Yusuf Azhari yang juga Ketua Qari Bangladesh. 

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu