fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Invest Malaysia New York tarik minat pelabur

NEW YORK, 22 September- Invest Malaysia New York mengetengahkan hala tuju negara dibina melalui Kerangka Ekonomi MADANI.

Ia telah menarik minat para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset bawah pengurusan mencecah AS$40 trilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucaptama pada majlis Invest Malaysia New York yakin forum itu dapat menarik minat dan mengukuhkan keyakinan pelabur untuk melakukan pelaburan di Malaysia.

"Kini kita baru memasuki sembilan bulan pentadbiran baru. Sebagai perdana menteri, tentunya banyak cabaran untuk memastikan isu berkenaan tadbir urus termasuk dalam bidang perniagaan dan dasar. Meskipun menerima pelbagai persepsi namun inilah cabarannya.

"Saya masih ingat ketika mengunjungi New York pada 2019, penerimaan agak menggalakkan dalam kalangan entiti perniagaan di sini," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Anwar, kerangka MADANI yang disokong pelan induk perindustrian baharu 2030, pelan hala tuju peralihan tenaga negara serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK-12) menyedia hala tuju jelas.

Kira-kira 200 delegasi hadir pada Invest Malaysia New York yang dianjurkan Bursa Malaysia bersama-sama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered. 

Turut serta dalam sesi itu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz; Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Datuk Seri Anwar turut menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara. 

Dalam sesi tersebut, beliau mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara berkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Datuk Seri Anwar turut menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara. 

Dalam sesi tersebut, beliau mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara berkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama badan pemikir.

(Datuk Seri Anwar menghadiri  sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri)