fb fb fb fb fb

Tanah runtuh serentak, punca utama bencana banjir di Sungai Kupang

(Datuk Rosli Isa dalam sidang media Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 5 Ogos- Fenomena proses geologi berangkai atau kejadian tanah runtuh serentak secara meluas di kawasan perbukitan granit terluluhawa, dikenal pasti penyebab utama bencana banjir di Sungai Kupang, Baling, Kedah.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa berkata hakisan di hutan sekunder akibat penukaran guna tanah kepada hutan ladang sejak tahun 2010 meningkatkan kadar hakisan di kawasan tanah tinggi.

Ini menghasilkan kelodak dan mencetekkan sungai.

"Jambatan Sungai Iboi bertindak sebagai empangan sementara yang merupakan jalan penghubung asalnya untuk masyarakat telah berlaku, menyebabkan menjadi banyak banjir puing pasir dan kayu kayan terkumpul di situ dan apabila ia pecah menghasilkan kuasa damparan yang tinggi mengakibatkan berlakunya aliran air yang kuat dan deras seterusnya mengakibatkan banjir puing berlaku di sekitar kawasan tersebut.

"Apabila banjir puing, pasir dan kayu kayan sudah terdampar banjir lumpur pula akan berlaku selepas itu menyebabkan banjir akan merebak di sekitar perkampungan dan menyebabkan kerosakan harta benda dan petempatan di hilirnya," kata Rosli dalam sidang media Laporan Kajian Bencana Geologi Banjir Puing di sini.

(Sesi taklimat laporan kajian bencana geologi banjir Puing 2022 Sungai Kupang, Baling Kedah)

Tegas beliau kolam takungan air, tandak dan kolam perangkap kelodak di sepanjang alur sungai tidak memainkan peranan dalam bencana ini, sebaliknya dirempuh aliran puing.

Dianggarkan sebanyak tujuh juta meter padu puing dikesan selepas terjadinya bencana tersebut.

Media Baharu