fb fb fb fb fb

JAKM Sarawak: Medium utama kerajaan sampaikan perancangan

(Foto FB BGSPI - JaPen)

KUCHING, 5 Ogos- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) terus menjadi medium utama kerajaan untuk menyampaikan perancangan kepada umum.

Dengan kejayaan program pertama di Kuala Lumpur, JAKM diteruskan di Bumi Kenyalang selepas penganjurannya di Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak dan Kelantan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, JAKM Sarawak buat julung kalinya menampilkan sebuah Kubah Planetarium oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tambah Datuk Wan Uzir, khemah untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapat sambutan pengunjung dengan 80 gerai terlibat, selain jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan keperluan asas harian dengan harga lebih murah sehingga 30 peratus.

Rata- rata pengunjung yang ditemui menghargai usaha kerajaan tersebut.


(Foto FB BGSPI - JaPen)

Ketua komunikasi korporat JPM, Ahmad Raziz Rashid berkata Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (RECODA) merupakan antara agensi terlibat yang mempelawa golongan lepasan sekolah untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan. 

"Peluang pekerjaan yang ditawarkan 'range' nya besar dan luas daripada lepasan SPM hingga yang kehilangan kerja akibat COVID-19," katanya.


(Ketua komunikasi korporat JPM, Ahmad Raziz Rashid)

JAKM Sarawak yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyediakan pelbagai acara dan aktiviti dengan penglibatan 28 agensi perkhidmatan awam dengan pelbagai perkhidmatan.

Media Baharu