fb fb fb fb fb

Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) tidak akan dihentikan- Hishammuddin

KUCHING, 5 Ogos- Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) tidak akan dihentikan malah akan diteruskan dengan lancar.

Menteri Kanan Pertahanan,, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan ketika menjawab kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesa kerajaan menghentikan projek LCS.

"Kalau nak dihentikan ianya bercanggah dengan apa yang mereka telah pun membuat keputusan semasa mereka memerintah, masa Pakatan Harapan (PH) memerintah dahulu mereka telah putuskan bahawa LCS ini akan diteruskan," katanya ketika sidang media selepas melawat Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrisse, Kuching.

LCS merupakan aset yang amat diperlukan demi keselamatan perairan negara, sejajar dengan Program Transformasi Armada.


(Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS)/ Foto Hiasan)

Disamping itu, lebih 400 vendor yang terlibat dengan 90 peratus daripadanya ada kaitan dengan veteran tentera akan gulung tikar sekiranya projek itu dihentikan.

Hishamuddin menyifatkan kenyataan Anwar hanya bermotif politik semata-mata.

Media Baharu