fb fb fb fb fb

Tanah runtuh rosakkan rumah di Kuala Krai

FOTO BOMBA

KUALA KRAI, 29 Disember- Sebuah rumah di Kampung Ngangah di sini rosak akibat tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata kerosakan itu melibatkan bahagian hadapan rumah, pagar dan garaj kenderaan.

Bagaimanapun insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Nik Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.38 tengah hari dan tiba di lokasi pada 1.52 tengah hari bagi menjalankan operasi.

Sehubungan itu, penduduk dalam radius 50 meter dari kawasan runtuhan diarahkan berpindah buat sementara waktu berikutan pergerakan tanah yang masih aktif.

Tambah Nik Ahmad, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan di kawasan tersebut.

2912 KB HUJAN TANAH RUNTUH VISUAL INSHOT
FOTO BOMBA

SITI AISHAH MD ISA