KUALA KRAI, 29 Disember- Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan dua jajahan di Kelantan iaitu Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air hari ini.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kelantan melalui kenyataan di Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Kuala Krai yang terjejas termasuk Kampung Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.
Bagaimanapun, belum ada operasi pemindahan penduduk terjejas dilakukan setakat ini.
Sementara itu di Tanah Merah, kawasan yang terkesan meliputi Kampung Bendang Nyiur, Klewek, Batu Gajah, Manal dan Felda Kemahang.
Menurut portal Public Infobanjir, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah telah melebihi paras amaran setakat pukul 2.30 petang.
BERITA BERKAITAN