KULIM, 25 Oktober - Jalan Kuala Tawar-Kulim (K831) ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan tanah runtuh.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan penutupan bermula semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Kawasan ini dalam pemantauan bagi penilaian risiko. Justeru orang awam dinasihat agar mengelak melalui laluan tersebut dan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Batu Putih–Selarong Panjang (K166) sehingga jalan K831 kembali selamat untuk digunakan.
Pagi tadi kerja pembersihan dilakukan termasuk di laluan lain berlakunya tanah runtuh,cerun gagal dan pokok tumbang susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari.