fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Empat mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 22 Disember- Empat jasad mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali ditemukan dalam operasi pencarian pagi tadi tiba pada pukul 12.50 tengah hari tadi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat.

Terdahulu, dua lagi mayat mangsa yang ditemukan dalam operasi pencarian pada Selasa dan Rabu telah dibawa keluar untuk proses pengebumian.

Mayat mangsa ke-25, dipercayai jasad kanak-kanak yang ditemukan dalam operasi pencarian pada Selasa malam telah dibawa keluar pada pukul 8.33 pagi tadi.

Manakala, mayat ke-26 telah dibawa keluar sekitar pukul 11.00 malam tadi.

Turut ditugaskan satu pasukan sukarelawan Yayasan Buddhist Tzhuci bagi memberi sokongan emosi kepada waris mangsa yang hadir bagi proses pengecaman.

Setakat ini terdapat beberapa keluarga waris hadir bagi tujuan pengecaman.


(Setakat ini terdapat beberapa keluarga waris hadir bagi tujuan pengecaman)

Sehingga pukul 11.00 pagi tadi, jumlah kematian meningkat kepada 30 orang manakala tiga lagi mangsa belum ditemukan di tapak kejadian tanah runtuh berhampiran The Father’s Organic Farm.

Media Baharu