fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Batang Kali: Empat lagi mayat ditemukan

BATANG KALI, 22 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini yang memasuki hari ketujuh hari ini, menemukan empat lagi mayat pagi tadi.

Penemuan terbaharu pada pukul 11.04 pagi tadi itu menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, penemuan empat mayat tersebut hasil daripada penggunaan jentolak.

"Agensi penyelamat telah menemukan empat mayat. Mayat tersebut dipercayai berada pada satu lokasi iaitu di Sektor C. Pihak bomba mendapati kesemua mayat berada dalam satu khemah" katanya kepada pemberita di sini.


(Penemuan empat mayat berkenaan masih belum didedahkan jantina serta
umur dan menunggu laporan sepenuhnya daripada pihak Hospital Sungai Buloh)

Tambahnya lagi, penemuan empat mayat berkenaan masih belum didedahkan jantina serta umur dan menunggu laporan sepenuhnya daripada pihak Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, operasi pencarian bersambung semula pada kira-kira pukul 8.00 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10.00 malam semalam.

Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Media Baharu