fb fb fb fb fb

Peruntukan RM5.2 juta, Skuad Musa’adah bantu rakyat Pantai Timur terjejas banjir

PUTRAJAYA, 22 Disember- Agensi-agensi bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan RM5.2 juta bagi mereka yang terjejas banjir di Pantai Timur sejak Oktober lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata bantuan yang disalurkan bukan sahaja berbentuk barangan, tetapi meliputi bantuan moral.

"Kalau kita lihat bantuan yang diberikan seperti yang saya jelaskan tadi bukan saja yang melibatkan fizikal macam bantuan makanan, toto, kit ibadat dan sebagainya.

"Tapi yang pergi ni adalah mereka yang daripada agensi agama yang boleh memberikan bantuan kerohanian, bimbingan dan nasihat. Saya rasa yang ini pun sangat penting sebab dalam keadaan musibah yang diterima ini mereka perlukan sokongan dalaman. Mereka bukan boleh saja beri bantuan dalam sudut kehendak fizikal, saya rasa yang paling penting juga ialah daripada sudut spiritual," kata Mohd Na'im selepas melancarkan pelepasan Skuad Musa'adah agensi-Agensi bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Pantai Timur di sini.

Sebanyak 14 buah kenderaan beserta 100 petugas telah bergerak ke lapangan yang terjejas di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi membawa keperluan asas seperti makanan kering, kit solat dan selimut.

(Datuk Dr. Mohd Na'im berkata  peruntukan RM5.2 juta, Skuad Musa’adah bantu rakyat
Pantai Timur terjejas banjir)

Media Baharu