KUANTAN, 21 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang kekal 35 orang daripada lapan buah keluarga, setakat pukul 2.00 petang tadi.
Mereka terjejas ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka di sini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Ular.
(FOTO FAIL/BERNAMA)