fb fb fb fb fb

Gelombang kedua banjir, trak ATM ke Terengganu esok

KEMAMAN, 22 Disember- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan aset trak-nya bagi membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok.

Ia sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri berkenaan.

"Jalan-jalan tidak dapat dilalui tapi semalam pada mesyuarat jemaah menteri saya telah meminta Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan trak di depoh bekalan supaya dapat digerakkan ke kawasan yang mengalami banjir dan juga kawasan-kawasan yang dijangka mengalami banjir supaya bekalan makanan soal pengauktan bot misalnya dan kesihatan," katanya selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Tanjung, Bukit Mentok, Kemaman.

Koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Dr Ahmad Said, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin turut menyertai tinjauan bersama Ahmad Zahid.

Selain itu, koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu