fb fb fb fb fb

Memastikan pengeluaran dan eksport komoditi sawit tidak terjejas

Fokus kepada usaha penanaman semula kelapa sawit / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Fokus kepada usaha penanaman semula kelapa sawit bagi pekebun kecil dan syarikat perladangan utama terus menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan pengeluaran dan eksport komoditi itu tidak terjejas pada masa hadapan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tidak mempunyai sumber yang mencukupi menjadi antara faktor penyumbang kepada kemerosotan produktiviti sektor tersebut.

'' Kita telah cuba membantu pekebun kecil ni dengan menyediakan sebanyak 50 peratus dan loan 50 peratus, jumlah pada tahun 2024 adalah sebanyak 100 juta kita juga telah minta untuk dipertimbangkan dalam RMK13 yang akan datang iaitu supaya kerajaan memperuntukkan 1.4 bilion selama 5 tahun makna lebih kurang 280 tiap-tiap tahun supaya kita dapat meningkatkan penanaman semula terhadap pokok kelapa sawit tu terutamanya kepada small holders supaya mereka boleh menanam semula pokok kelapa sawit yang telah berumur'', beliau menjawab soalan diajukan Pasir Salak, Jamaludin Yahya berkenaan faktor utama yang menyebabkan kadar tanam semula sawit hanya mencapai 2.0 peratus pada tahun lalu.

Jelas beliau, industri sawit bakal berdepan penurunan hasil jika langkah penanaman semula tidak dilaksanakan mengikut jangka hayat pokok.

Ini seterusnya menjejaskan produktiviti sektor itu dalam jangka panjang terutama kepada ekonomi negara.

HASRON BIN HASSAN