fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Raub, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

RAUB, 18 Disember- Satu insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di jalan belakang Bank Hong Leong, di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan membabitkan insiden tersebut.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, runtuhan membabitkan tebing setinggi 10 hingga 15 meter.

Jelas beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 2.45 petang tadi.

"Susulan itu, seorang pegawai dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub dikerah ke lokasi bersama dua jentera.

Ketika tiba di tempat kejadian, kami mendapati runtuhan berlaku di jalan belakang bangunan kedai dan tidak melibatkan mangsa," katanya.

(Keadaan tanah runtuh yang berlaku di belakang sebuah premis bank)

Tambah beliau, pemeriksaan dan pemantauan akan terus dilakukan di lokasi terbabit untuk memastikan kawasan tersebut selamat.

Media Baharu