fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan: Jumlah penduduk terjejas banjir naik mendadak

KOTA BHARU, 18 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan meningkat mendadak apabila seramai 3,624 orang daripada 1,080 keluarga telah dipindahkan ke 35 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat pukul 4.00 petang tadi.

Ia membabitkan tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Kota Bharu, Jeli dan Pasir Putih.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 13 PPS dibuka di daerah Tanah Merah, diikuti lapan PPS di Kuala Krai, enam PPS di Pasir Mas, tiga PPS di Pasir Puteh, manakala dua PSS dibuka di daerah Machang dan Jeli serta satu PPS di Kota Bharu.

(FOTO FAIL/BERNAMA)

Berdasarkan Laman Web Rasmi public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 4.00 petang, lima sungai di negeri itu mencatatkan paras air melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Lanas di Air Lanas Jeli, Sungai Lebir di Kampung Tualang Kuala Krai, Sungai Golok di kampung Jenob Tanah Merah.

Media Baharu