fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Kampung Juang, penduduk diminta berpindah

(FOTO RTM)

SIMPANG PULAI, 4 Julai-Seramai lima penduduk Orang Asli yang mendiami dua rumah di Kampung Juang, Simpang Pulai di sini, diminta berpindah selepas berlaku kejadian tanah runtuh.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.24 petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati runtuhan tanah mengenai bahagian belakang rumah penduduk terlibat.

Menurut Sabarodzi, kejadian dipercayai berpunca akibat keadaan tanah kurang stabil susulan hujan lebat.

Pada November tahun lalu, kejadian yang sama turut berlaku namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


(FOTO RTM)

Media Baharu