fb fb fb fb fb

Tanah runtuh Batang Kali: Identiti mangsa terkorban belum dikenal pasti

BATANG KALI, 17 Disember- Identiti kesemua 21 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mereka yang terkorban ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa itu semuanya tiada dokumen.

Sekarang mayat berada di Hospital Sungai Buloh dan sedang mencari waris mangsa yang hilang untuk membuat pengecaman," katanya pada sidang media di pusat gerakan tanah runtuh Batang Kali.

(Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah (tengah) dalam
sidang media di pusat gerakan tanah runtuh di sini)

Katanya, arahan bedah siasat mangsa yang terkorban telah dikeluarkan pada Jumaat.

Media Baharu